Apa yang anda mahu saya tulis?


Kalau profesion berblog ini dikira sejak zaman bayi lagi, saya rasa tahun ini, saya sedang sibuk menyiapkan anak kesayangan saya ini masuk tadika. Tadika yang menerima pelajar comel berusia 5 tahun. Kalau tadika itu hanya terima kanak-kanak berusia 6 tahun sahaja, maka saya akan berusaha mencari tadika lain atau tahun hadapan sahaja saya hantar dia pergi sekolah tadika (jimat duit belanja.) Hehe.

Blog ini sudah mencecah 2 tahun. Kalau dikira usia sebenar terlibat dalam dunia blog ini rasanya sudah mencecah 5 tahun (dahulu ada blog lama tetapi telah ditinggalkan atas sebab-sebab peribadi dan sebab-sebab tidak peribadi).

Kalau dihitung, sudah banyak entri yang berguna, semi berguna, suku berguna atau tidak berguna langsung di dalam blog ini. Hujung tahun sememangnya bulan yang tidak produktif kerana sibuk memnuhi tuntutan duniawi. Blog adalah tuntutan kebajikan atau melampiaskan rasa bosan atau mungkin tempat saya menjungkar-balikkan perkataan tanpa ada editor yang cuba mengawasi saya dengan mata tajamnya. (Opsss..)

Jadi saya mahu meminta pembaca (kalau ada pembacalah) menulis diruangan komen apa yang anda mahu saya tulis di blog yang penuh emosional dan melodrama ini. Anda boleh letakkan komen seperti

Anonymous : Sila tulis entri yang penuh humor! (dengan nada tegas)

Ali(memang nama sebenar) : Jangan tulis emo-emo lagi boleh tak?

 

 

Atau apa-apa sahaja. Terima kasih ya. Mungkin komen yang paling terkesan, dikesan, mengesan akan menerima sesuatu dari saya?

 

 

Notakakitangan : Walhal, sedang kering idea ini. Barulah muncul entri ini.

22 thoughts on “Apa yang anda mahu saya tulis?

  1. Salam Birungu,

    “tanpa beda, tulisan yang baik di mata saya – mungkin tidak pada lainnya; sebagai rumusannya menulis bentuknya perlulah apa sahaja (yang baik-baik tentunya) – dan saya tetap membaca (kalau pun kadangnya tanpa memberi apa-apa komentar)”.

    Like

  2. Assalamualaikum w.b.t.

    Ainunl Muaiyanah;
    Agak lama juga saya tidak berkunjung ke sini. apapun, saya masih tetap mengikuti perkembangan terkini awak. (jika boleh dikatakan terkini. ;p)

    Saya lebih suka membaca coretan-coretan awak yang lebih relaks dan spontan. Mungkin terkandung sindiran, atau juga terkandung rasa hati yang sarat dengan pelbagai rasa (cuma tidak dinyatakan secara peribadi. ;p).

    Walau apapun, silalah tulis apa sahaja yang awak rasa akan memberi manfaat kepada pembaca. Saya akan tetap baca. =)

    Like

Tinggalkan komen