HATIKU SELEMBAR DAUN
Oleh : Sapardi Djoko Damono
hatiku selembar daun melayang jatuh di rumput;
nanti dulu, biarkan aku sejenak
terbaring di sini;
ada yang masih ingin kupandang,
yang selama ini senantiasa luput;
sesaat adalah abadi sebelum kausapu
tamanmu setiap pagi
Pertama kali aku mendengar puisi ini dinyanyikan, hatiku sedikit bergoncang. Ada yang membuncah rasa. Karya Sapardi Djoko Damono biarpun hanya serangkap cuma tetapi bagaikan terangkum jutaan rasa dan makna. Pada tafsiran aku, karya Sapardi ini akrab sekali untuk orang yang ditinggalkan tetapi masih mahu mengutip kenangan yang bersisa. Betapa rasa pilu, sunyi itu dilambangkan pada selembar daun yang gugur. Menambah tidak mengurang pun tidak.
Bagi aku, perpisahan itu biarpun perit adakalanya perlu. Seperti daun yang dipisahkan dari jasad pokoknya, jika masih tertinggal menyakitkan mata jika luruh memilukan jiwa.
Sekian. Sesiapa yang ingin puisi ini dalam versi lagu, bolehlah menghubungi tuan punya blog ini. Maaf, tuan punya blog tengah beremosi lara ini.
ya,saya.saya yang hensem ni(perasan)..
mahu puisi ini dlm versi lagu…
boleh kah??
LikeLike
hensem? ehem~ (terbatuk-batuk kecil)
tentulah boleh
saya sudah hantar la melalui gmail. tgklah..
harap terhibur…
=)
kalau sudah jatuh cinta pada dunia lagu puisi ini beritahu sahaja.
saya banyak koleksi untuk dikongsi
LikeLike
sudah hantar ke???
tapi x dapat pun…
hehe…
LikeLike
ada masalah teknikal la.. saya tak tau la nape tak boleh hantar ni.. dah guna yahoo pun tak boleh.. isk2…
nanti saya cuba hantar lagi..
maaf tau buat tertunggum=)
LikeLike
oh cinta oh perpisahan.. aku tak suka perpisahan… aku tak suka.. tapi kalu ketentuan??? erm belajar utk terima dengan keterbukaan kan??
LikeLike
yup.. perpisahan itu pahit kan..
“sesaat adalah abadi sebelum kausapu
tamanmu setiap pagi”
kenangan akan menghambat kita kemana-mana. tetapi itulah yang mendewasakn kita dalam hidup.. cewah~
belajar menerima dengan keterbukaan tanda kita ini matang dalam fikiran. tak semuanya perpisahan itu sifatnya jahat atau kejam. kadang-kala kita perlu juga berpisah bila segalanya tidak lagi memungkinkan?
betul tak?
LikeLike
green lake ; lagu puisi itu telah saya hantar melalui email. hayatinya.. dan harap dapat komen balik ya
LikeLike