Dua puisi


Sudah dua puisi disiarkan. Tapi saya tak beritahu di blog. Beritahu di facebook sahaja. Pertamanya ‘Menjidar Kebencian’ disiarkan di Berita Harian 18 September 2010. Sajak ini bergandingan dengan Aidil Khalid yang selalu membebel dengan saya “hantarlah karya.” Tahun lepas sajak disiarkan di Berita Minggu. Minggu kedua raya juga. Judulnya Surat Doa untuk Tuhan. Bila baca balik kedua-dua sajak, baru perasaan, dua-dua syawal ini saya mohon agar saya tidak membenci orang. Ha ha. Nampaknya ada orang yang saya benci semasa dua kali hari raya ini. Tak baik betul.

Kemudian bersilih sebulan pula, sajak judulnya ‘Selamat Datang, Malam (kalau dia bisa merasa)’ pula disiarkan di Harian Metro 12 Oktober 2010. Oh sajak ini sudah lama sangat saya tulis, baru-baru ini sahaja dihantar.

Kalau dihitung-hitung, tahun ini tidaklah produktif menulis cerpen. Lalu saya alihkan pada penulisan puisi. Puisi ringkas dan cepat. Tapi puisi saya tidaklah begitu bagus. Saya jenis yang tidak memilih subjek puisi. Subjek puisi yang datang pada saya mengetuk dengan perlahan. Mana yang saya rasa, itu yang saya tulis. Maaf, sajak-sajak kemanusiaan, dunia atau apa-apa mungkin saya kurang mahir. Saya mahir menulis sajak rreemeh sahaja.

Baru-baru ini sahaja, saya rasakan produktiviti menulis sajak saya meningkat dengan jayanya. Dahulu buku puisi saya tak pandang sangat untuk beli. Sekarang, buku puisi yang saya cari dahulu. Sudah lebih 20, kumpulan puisi yang saya ada. Satu pencapaian la kan sebab selalunya saya memang tidak memandang buku puisi

Puisi adalah cara saya ekskapism. Bila-bila bersedih atau daun hati saya digoyang-goyang rasa, puisi yang saya capai dahulu.

Siapakah penulis puisi kegemaran kamu pula?

Mana tahu kita berkongsi kekasih hati yang sama.

 

Oh ya, sajak-sajak di atas boleh dibaca di sini dan disini. Hujan di dataran ilmu, harus tunggu bulan 12 baru boleh saya letakkan di blog. Yang nak baca, dapatkan di MPH sahaja.

8 thoughts on “Dua puisi

  1. tahniah akak!

    penulis puisi kegemaran saya…entahlah. hehe. tapi saya suka puisi-puisi lama…era 80 dan 90 an. dan yang terbaru…puisi-puisi Ainunl Muaiyanah. hiikksss 😉

    Like

  2. urm…*selak-selak buku puisi*… Usman Awang, Dharmawijaya, A. Ghaffar Ibrahim, A. Latiff Mohidin, Kemala, Zurinah Hasan, T. Alias Taib, Zaihasra, Shafie Abu Bakar, Baha Zain, Muhammad Haji Salleh, A. Samad Said, Nahmar Jamil, Jihaty Abadi…ada lagi kot. Lupa la. hehe. saya selalu saja luangkan masa 2 jam di perpustakaan UKM untuk baca buku pusis lama.

    Yang era baru…Ainunl Muaiyanah 😉 Salman Sulaiman, Nissa’ Yusof, Shamsudin Othman, M.Z Alias, WB Rendra…err…ada lagi tapi lupa.

    kemudian yang lain-lain…Chairil Anwar, Syafwina Sanusi Wahab…dan err pun lupa juga.

    Tapi antara yang menjadi kegemaran…T. Alias Taib, Baha Zain, A. Samad Said. oh perlu ke saya ulang lagi? Ainunl Muaiayanah 😛

    akak pula?

    Like

    1. Wah… pilihan penyairnya!!.
      selepas itu digandingkan dengan saya yang hanya dipinggiran. isk isk isk isk.
      Kalau ada 1000 peminat macam shukri, buat buku puisi tentu laku. :).
      Saya? Tentu sahaja Sapardi Djoko Damono, Joko Pinurbo, Aan Mansyur, Zurinah Hassan, T Alias Taib, Usman Awang 😉

      Like

  3. alolololo…mana ada dipinggirkan… =(

    dulu saya rajin fotostat buku puisi…sebab susah nak cari. sekarang ni saya lebih rajin menyalin. kalau fotostat, kadang-kadang lupa dan letak merata-rata. huhu. dan di perpustakaan yang besar ni, syukurlah ada rak khas untuk sastera. memang saya jadi pengunjung wajib. hehehehe…

    Like

  4. shukri : bukan awak yang meminggirkna tetapi saya hanyalah penulis di pinggiran sahaja 🙂
    Huyo.. rajin photostat buku… saya sejak akhir-akhr cari puisi daripada penyair di internet sahaj.. sedih kan? esok nak lepak library UKM la kalau begitu 🙂

    Like

Tinggalkan komen