2753 Langkah


Aku berjalan 2753 langkah

Sepanjang langkah tersebut aku menangis

Aku menangis mengenai diri aku, tentang aku.

 

 

 

 

 

Bila aku hitung, rupanya sudah lama aku tidak menangis untuk diri sendiri. Bertahun-tahun lamanya

Selama ini aku menangis untuk orang lain atau perkara lain.

Tadi aku menangis untuk diri sendiri. Untuk diri sendiri.

 

 

.

.

.

Sampai bila kita mampu tersenyum sahaja? Kan?


 

24 thoughts on “2753 Langkah

  1. Sampai ke mana langkah itu yana?

    Adakah sekadar mundar-mandir di situ, lalu
    menyesali langkah yang tidak bertujuan atas sebab terlalu memberikan
    waktu untuk orang lain dan bukan untuk diri sendiri.

    Sesekali untuk orang lain tanpa menidakkan hak diri…. 🙂

    Like

  2. 2753 itu ada makna ya?
    atau sengaja letak secara rambang?
    apa-apa pun, memang air mata itu perlu..
    itu membasuh segala kelukaan dan kesedihan…
    menangislah,kamu akan rasa lega selepas itu.
    🙂

    Like

    1. Azuwan : dah balik terengganu ke? boleh lah bawa saya jalan-jalan pusing satu terengganu nanti =)

      Ok, dah habis menangis, lepas ni tak perlu menangis lagi dah =)

      Like

  3. puisi aku ingin memang ditulis oleh SDD. Mungkin kamu terlepas pandang pembetulan yg aku buat pada komen itu. Aku terkeliru kerana aku menelaah puisi sdd pada masa yg sama dgn puisi rendra. Puisi `aku ingin` juga ada ditulis oleh saut situmorang sebenarnya 🙂

    Oh ya, rendra yg banyak menulis puisi lantang juga sebenarnya tidak lepas dari sentimen romantis seorang penyair. Contoh yg jelas dalam puisi berjudul`ku panggil namamu`,`wanita wanita ku`, `rumpun alang alang`. .etc.

    Maaf, baru perasan komentar kamu.

    Like

  4. wahyudi : selepas saya menulis komentar itu baru saya perasan wahyudi ada membuat pembetulan. Maaflah, puisi SDD itu saya ingat benar dan hafal. Sebab itu tersalah pun saya perasan.

    Jadi saya lihat awak minat benar ya pada saut situmorang?

    Saya menelaah puisi Rendra daripada kumpulan puisi terbitan dewan bahasa dan pustaka. Kebanyakkan puisi yang dihimpun itu lantang-lantang. =)

    Like

  5. Sebenarnya saya percaya saut akan beri sesuatu kepada perkembangan sastra indonesia sebagaimana sitor situmorang dulu.
    Oh, saya juga penggemar SDD, sebenarnya.

    Like

    1. Wahyudi my : Jika begitu kita tunggu dan lihat samaada saut dapat memberi impak pada sastera indonesia.

      samalah saya. Puisi SDD mengajar saya menulis puisi dengan lebih baik lagi

      Like

  6. assalamualaikum w.b.t.

    ainunl muaiyanah…
    biarkan derap langkahmu membasuh lukamu… biarkan segalanya berlalu… ya, mungkin ada sesuatu yang ‘mengganggu’ dan biarlah hanya dirimu yang tahu… namun, harus diingat, tujuan pulang ke sana untuk menyelesaikan ‘misi’mu yang satu itu. hahaha… berapa banyak huruf ‘u’ la kat hujung ayat saya… hahaha… walau apapun, saya tahu awak cekal dan tabah orangnya. jangan cengeng k? ;p

    Like

Tinggalkan komen