Anwar Ridhwan – Berbagi Duka


Di sebalik helaian Jurnal Sulung, saya jumpa puisi ini, yang hanya sekerat sahaja. Lalu saya sudah jatuh cinta pandang pertama.

Apakah yang lebih membahagiakan kita

selain berbagi duka

kau sepertiga, kau sepertiga, aku sepertiga

di dunia kita bertiga.

Saya tanyakan pada si penulis catatan itu, namun tidak mendapat jawapan. Saya sedikit sedih.

Lalu, ketika membuat kerja sukarela untuk projek MPR di bahagian pengambangan sastera (yang rasanya pejabat itu seperti pejabat kami jua), saya jumpa buku ini di antara banyak-banyak buku yang tersusun di sekian banyak meja. Waktu itu saya benar-benar hampir pulang


Saya belek-belek sahaja. Melambung untung nasib dan di helaian terakhir, saya jumpa puisinya – Berbagi Duka. Rasanya kawan-kawan yang terlihat peristiwa saya menjumpai puisi ini tentu sahaja masih teringat reaksi saya. Jadi biarkanlah menjadi rahsia. Kan?

Untuk kawan-kawan diluar sana, saya catatkan puisi Anwar Ridhwan – Berbagi Duka disini.

Anwar Ridhwan – Berbagi Duka


Kudengar patrum mendedas dari senapang

Menceritakan luka sebuah hutan


kulihat pukat diturunkan

Meriwayat riba sebuah lautan


Ku dengar sesuatu melengking

antara tikton dan jarum jam


Kupelihara kalian, burung-burungku

(disangkar ini)

Kupelihara kalian, ikan-ikan karang

(di akuarium ini)

kupelihara diriku disini


Apakah yang lebih membahagiakan kita

selain berbagi duka

kau sepertiga, kau sepertiga, aku sepertiga

di dunia kita bertiga.


Notakakitangan : Penulis catatan telah membalas email saya, tetapi dia terlewat 3 hari. Hihi

14 thoughts on “Anwar Ridhwan – Berbagi Duka

  1. Wah… (tak terkata apa-apa).

    Sekali lagi ada kena mengena dengan rahsia diri. Adeh. Agaknya kena selalu lawat blog akak, biar terimbau segala kenangan. Haha =P

    Like

  2. hihi…yeke? biarlah sebati di dalam kalbu pun…saya tetap setia. haha =D

    InsyaAllah…jika diizinkan Tuhan dan laptop tak buat hal! =)

    Like

    1. Shukri : Amboi… akak mana pandai tulis sajak. tak reti lah :).

      tengoklah kalau ada idea. agak-agak nak tulis begini

      Setia (untuk dia yang setia membaca corat-coret kosong saya)

      ok?

      Like

  3. Anwar Ridhwan jarang-jarang nampak puisi beliau. Lebih kepada novel dan cerpen yang hebat-hebat. Tapi bila sesekali jumpa, puisi beliau memang hebat.

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada shukri Batal balasan