KeyChain dari Kesayangan-kesayangan.


Semenjak berkasih dengan Arjuna, saya selalu menggantungkan ole-ole keychain hasil pemberian kawan-kawan yang pergi bercuti di mana-mana. Entah mungkin satu ritual atau apa, setiap kali kawan-kawan pergi bercuti, keychain akan dijadikan ole-ole paling wajib. Rasanya hanya saya yang belum belikan apa-apa untuk mereka. Tidak berkesempatan bercuti ke mana-mana.

Walhal, dahulu banyak juga orang yang memberi keychain tetapi saya tidak tahu mahu menggunakan di mana. Saya suka kunci saya simple sahaja tanpa perlu aksesori tambahan. Tetapi bermula dengan keychain anak gajah hadiah Ode dan seterusnya, saya fikir apa salahnya letakkan semua keychain hadiah kesayangan-kesayangan saya bergantungan di kunci Arjuna, kekasih hati saya itu.

Namun tidak semua keychain itu dapat bertahan lama. Ada yang baru sahaja digantung sudah hilang, ada yang retak, terpatah dan sebagainya. Yang tinggal hanyalah gelung besinya sahaja, yang saya tidak tanggalkan supaya bertanda sudah banyak keychain yang menghuni gantungan kunci Arjuna.


Namun, begitu banyak keychain yang bergantungan dan berpergian di gelungan kunci Arjuna, hanya satu sahaja yang bertahan dan pernah kenal erti lelah untuk pergi, Si  Menara Eiffiel  itu. Begitu kukuh keychain si besi  Menara Eiffiel  itu mengikut saya ke mana-mana, dihempas, dicampak dalam beg, digenggam. Saya tertanya, apakah Si  Menara Eiffiel itu tidak mengenal erti putus asa dan lelah, bergantungan di sana setelah begitu ramai rakan-rakannya mengucapkan selamat tinggal pada gantungan kunci Arjuna? Apakah selama-lamanya Si Menara Eiffiel itu mahu ada di situ. Keychain  Menara Eiffiel  yang angkuh dan tegar itu tidak pernah menjawab pertanyaan saya dan hanya teroleng-oleng di gantungan kunci Arjuna.


R.I.P

Keychain Gajah Merah – Ode

Keychain Gua Kelam – Aidil

Keychain Bandung – Hani

Keychain Aussie – Hani

Keychain Bandung – Nissa’

Dan lain-lain yang tak terlupakan.

4 thoughts on “KeyChain dari Kesayangan-kesayangan.

  1. Weh, tak berat ke? HAHA. Aku sudah berhenti mengumpul gantungan kunci ini sejak sekian lama. Ia adalah hobi yang hot semasa zaman kecil2. Sekarang tidak lagi. Lebih menyukai fridge magnet. 🙂

    Like

      1. OK lah, nanti kalau aku pergi melancong aku belikan kau keychain yang diperbuat dari besi seperti si Eiffel Tower itu – supaya tahan lama. HEHE

        Like

Tinggalkan komen