Kamu tahu apa maknanya ANEH, PELIK, ASING?


Masa lalu-lintas di blog komuniti ini, aku terbaca tulisan adik ini.

Masa itu aku gelak sinis dan aku kata dalam hati, “Adik, kamu bukan manusia asing dan pelik. Kau hanya manusia yang minat sesuatu yang lain sahaja, yang lebih serius

Katanya, dia manusia pelik yang minat benda aneh dan menulis puisi, memilih untuk membaca bacaan matang dan tulisan sasterawan Negara. Kalau mahu lebih lanjut baca tulisannya.

Dulu, aku pun rasa saya ini pelik dan aneh tetapi akhirnya aku memutuskan aku tidak pelik dan tidak juga aneh. Aku cuma meminati sesuatu yang lain , yang tidak mengikut arus. Aku sekadar mempunyai prinsip hidup. Itu sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang. Ketika aku mengikuti MPR06, aku menulis puisi nyanyian hujan dan aku kata, aku tulis puisi ini sebab aku terperangkap dalam dunia sains walhal aku cenderung pada sastera. Aku dibidas oleh encik Shamsudin Othman dan Kak Raihani. Kata mereka ” itu bukan kepelikan dan keanehan lagi sebab semua pelajar sekarang belajar Sastera. Kami ingat kamu menulis puisi ini kerana kamu meminati puisi Pak Sapardi Djoko Damono yang terkenal dengan puisi hujan dan boleh tersihir dengannya.”

Ya. Adik, kamu tidak pelik dan aneh dan aku cukup tidak suka kamu kata kawan-kawan kamu pelik tidak minat sealiran dengan kamu. Kamu yang meminati bacaan serius-serius dan ‘aneh’ kononnya.

Tahu bagaimana aku menemui manusia aneh itu yang bernama dia?

Dia berpakaian menurut aliran gothic dan emo. Serba hitam. Dia menginai kukunya dengan warnahitam dan rambutnya celoreng biru, kadang-kala merah dan pernah sekali dia warnakan hitam balik. Pakaian pilihannya paling-paling tidak mesti XS dan dia tidak peduli kata orang. Orang di sekeliling tempat kami belajar ini jenis yang prejudis dengan manusia seperti dia akan akan meluncur kata ‘perempuan jalang’ dengan senangnya.

Ya, dia tidak rasa dirinya aneh dan aku berkawan dengan dia bukan berdasar kulit rupa tetapi bersandar pada hati budi. Jangan kamu sangka kamu boleh menipu dia kata novel SHIT itu karya A Samad Said sebab dia sudah baca novel Shit karya Shahnon Ahmad yang berbaur politik itu seawal usianya di sekolah rendah. Bukan seperti kamu –kamu yang tidak tahu karya Mira Edora yang ditulis oleh Khadijah Hashim itu yang pernah difilemkan itu dan kamu boleh senang-senang kata nama novel itu ialah seorang pelakon filem dan masih mendakwa kamu aneh!.

Dia suka aliran muzik yang bagiku keras dan jiwa kacau. Dia sudah lama minat aliran muzik indie yang katanya liriknya lebih telus dan jujur sebelum era muzik indie mendominasi pasaran lagi. Malah dia cukup tidak suka bila Estranged menang Juara Lagu dengan lagunya Itu Kamu. Katanya lagu itu kamu itu kabur isinya, liriknya macam hidangan tidak lengkap. Ada pembuka selera tetapi tidak ditutup dengan pencuci mulut. Dia lagi terseksa bila tahu Estranged membolos Juara Lagu Akhir dengan lagu Yang Pernah kerana dia tidak faham apa yang kumpulan itu hendak sampaikan dengan liriknya. Dia ada seluruh koleksi lagu Estranged sebab kualiti muziknya baik tetapi kalau jatuh bab lirik dia tidak dapat ampunkan. Kata dia, muzik sahaja tidak cukup untuk mendokong lagu kalau liriknya cacar marba. Walhal dia bukanlah pejuang muzik. Dia hanya seseorang yang ingin menikmati lagu yang berkualiti dan dia menyampah dengan lagu-lagu yang dia tidak faham apa yang mereka mahu sampaikan.

Dia dengan pakaiannya yang kamu kata tidak beradab itu masih boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Mengetahui Hamlet yang ditulis oleh Shakespeare. Kalau aku beli Dewan Sastera sebab ada sisipan Tunas Cipta dahulu, dia baca majalah itu dan mengemari cerpen yang pintar dan bijak bahasanya dan mengajak pembaca berfikir. Malah ruangan puisi Siti Zainon Ismail itu bacaan wajibnya. Malah ketika aku menghadiahkan buku My Name is Red karya Orhan Pamuk ketika ulang tahunnya, dia menangis riang sebab itu buku idamannya selepas SNOW tetapi dia tidak punya cukup wang untuk membelinya dan di sini tidak menjual buku-buku tidak komersil seperti itu dan aku terpaksa membeli buku itu semasa aku balik ke Kuala Lumpur. Kamu-kamu yang mendakwa kamu itu aneh, kamu tahu siapa Orhan Pamuk dan novelnya itu berkisah tentang apa?


Aku tetap rasa dia lebih aneh dari kamu. Kalau dia minat muzik indie , punk dan segalanya yang menyerabutkan jiwa itu bukan sebab ikutan-ikutan seperti kamu. Dia minat sebab dia tahu kenapa perkara itu perlu menjadi minatnya. Kadang-kala buah fikirannya mengagumkan aku dan menjadi idea untuk aku menulis cerpen.

Ya. Aku tetap kata dia aneh dan keanehan dia itu banyak. Kamu kata kamu aneh sebab kamu memilih untuk serius dengan perkara yang serius dan bukannya aneh. Kamu hanya sekadar memilih sesuatu minat. Seperti orang yang masih lagi hobinya mengumpul setem walhal zaman sekarang orang memilih untuk menulis email.

Dalam dunia ini tiada lagi yang aneh. Apa yang kamu rasa aneh sekarang akan menjadi yang biasa-biasa sahaja satu hari nanti.

Percayalah~

16 thoughts on “Kamu tahu apa maknanya ANEH, PELIK, ASING?

  1. setiap zaman ada fesyen dan muzik tersendiri.
    gothic/emo cuma fesyen dan trend semasa,
    lagipun namanya pun ‘trend’
    sampai masanya nanti kembali jadi manusia normal balik.

    macam bapak-bapak kita zaman pop yeah yeah dulu
    kakak abang kita zaman rock kapak dulu

    Like

  2. estranged ? silap besar betul. patut dia dengar So.. Sa….

    cukup segala pembuka selera, main course sekali dessert.

    kan adios? hehe

    Like

  3. adiospunk : betul. saya setuju. sebab tu tiada manusia yang aneh kalau sekadar mengikut benda yang tidak menjadi trend atau belum menjadi trend lagi. dia mmg tak layan estranged ttp sekadar suka muzik. dia minat segala macam muzik yang adi dan fakyew sebut tetapi saya yang tak reti nak tulis kat sini namanya.

    p/s : zaman kita ni zaman apa ya? zaman indie?

    Fakyew : So… sa? urm tak tahu pula kalau dalam laptop dia ada nama tu

    Bayan : betul la. tak baik kan kita tuduh org lain pelik untuk minat kita yang tidaklah pelik.

    Like

  4. Kalau nak cakap diri aneh sebab suka benda yang orang sekeliling tak suka. Maknanya ramai la yang aneh. Bila ramai yang aneh kira tak aneh dah la.

    p/s : blog adik ini(link) tu macam geng-geng seni kehidupan je.

    F**yew(:P), cube cek..haha!

    Like

  5. MohdJai : nape dah delete blog.. macam mana nak ikut cerita terbaru? aish~

    link adik ini itu komuniti mpr (minggu penulis remaja). jenguk-jenguk la..

    adi : kita tak kutuk la.. kita kagum dgn org yang kumpul setem tu.. sob2..

    Adi : adalah hobi kutip setem ni.. tu en kelambu dah kata jgn kutuk-kutuk.. tandanya dia kumpul setem la tu..

    sarah : selamat dtg ke blog ni.. mestilah lah best berkawan dengan si aneh..

    Like

  6. Salam Ainunl, pada saya, perkataan aneh yang dimaksudkan oleh ‘adik itu’ tidaklah sebesar impak pemikiran awak terhadap nawaitu dia menulis untuk blog MPR yang berlainan dengan pemahaman awak tentang dunia menerusi pembacaan dan penafsiran keanehan tulisan ‘adik itu’ yang merasakan dirinya aneh kerana saya sendiri tidak bersetuju dengan perkataan aneh yang ‘adik itu’ gunakan. Saya sendiri tidak pernah dan merasa takut untuk menulis pemikiran fikrah atau apa2 catatan rasa saya dalam blog MPR kerana saya tahu pemikiran yang saya ada ini tidak setua pemikiran abang2 dan kakak2 seusia mentor2 MPR yang lain. Jadi keberaniaan ‘adik itu’ menulis entri dan menyalurkan pengalaman perasaannya tentang keseronokan cintanya terhadap bidang penulisan telah mengalahkan saya dan kawan2 yang lain melalui keberaniaannya dan ketidakpedukannya tentang kata orang lain.

    Namun, perkataan aneh yang ‘adik itu’ cuba maksudkan mungkin adalah tentang perasaan betapa leganya ‘adik itu’ apabila dapat keluar dari keanehan tentang pandangannya tentang kawan2 dan kehidupan mereka yang kurang mendekati sastera dan bacaan serta karya daripada kelompok2 orang yang macam kita kerana saya merasai perasaan yang sama dengan ‘adik itu’ apabila menyertai MPR dahulu. Keanehan yang dirasakan wujud kerana kita menganggap orang yang tak seaneh kita adalah orang yang tak sama dengn kita. Adakalanya saya merasa sunyi kerana tidak dapat berkongsi keanehan diri sendiri bersama orang lain.

    Tapi saya suka amalkan sikap ini iaitu dengan menganehkan diri sendiri, saya dapat mewujudkan semangat aneh untuk diri sendiri tanpa menghiraukan kenormalan orang lain. Dan, berjumpa orang2 aneh di MPR merupakan satu perasaan yang lain dari perasaan yang lain2 yang ada selama ini. Haha~

    Tentang muzik indie itu, haha~ mazhab2 muzik pun ada pemikirannya. Saya tidak ambil tahu tentang Estranged atau Old Automatic Garbage, ROB, Couple, Search, Wings dll tapi hal itu lain dengan seni sastera yang berkaitan dengan puisi dan menulis cerpen. Perasaannya berbeza walaupun akarnya bermula dengan permainan perasaan dan penulisan.
    ( ini cuma pandangan daripada saya yang mentah dan muda ini, hehe~ )
    wasalam.

    Like

  7. firdhaus : sepanjang saya menulis di blog ini, komentar kamu paling panjang dan jelas..

    sebenarnya, untuk membetulkan presepsi org kita kena wujudkan isu-isu kontroversi dalam penulisan. lalu sengaja saya memilih menulis entri ini dengan mewujudkan kontra.

    saya cuma tidak bersetuju dengan mengganggap diri aneh dan menganggap orang lain aneh kerana tidak memilih untuk membaca bacaan yang serius-serius macam kita. dahulu saya pernah dlm kotak pemikiran adik itu juga. saya kabut rasa orang lain itu pelik, bobrok kerana tidak seperti saya tetapi selepas melalui MPR dan dunia selepas itu. lebih-lebih lagi kalau kita lihat blog-blog yang menumbuhkan pelbagai ragam orang yang dpat kita baca.

    saya rasa satu masalah kita yang aneh ini, adalah tidak mengajak orang lain yang biasa-biasa untuk jadi aneh seperti kita. kdg-kdg kita hanyut dgn dunia kita dan rasa kekitaan.

    Firdhaus, entri ini bukan bertujuan untuk mengecam adik itu ataupun apa-apa..
    saya sekadar mengambil contoh untuk menjadikannya kontra. dan perkataan kamu-kamu itu bukan ditujukan secara peribadi tetapi kepada umum yang sering mengaku diri hebat walhal ilmu itu kedang-kadang setitis dalam lautan.

    (saya pun mentah dan masih tidak reti menulis juga)

    Like

  8. ” Salam Aininl, saya percaya bahawa kita semua termasuk awak dan saya sendiri pernah melalui perasaan yang ‘adik itu’ rasakan. Fasa di mana kita mahu orang mengerti kita, memahami perasaan kita, membuai keinginan dan kecintaan kita, rasa diri kelihatan hebat dan lain2 perasaan seumpamanya ( saya sendiri selalu bersungguh2 untuk memastikan orang memandang hebat kepada saya, hahaha…)

    Tujuan saya menulis di sini bukan untuk mewujudkan keanehan tentang fasa perjalanan rasa ‘adik itu’ karana kehidupan akan bergerak normal. Fasa pendewasaan fitrah dan fikrah ‘adik itu’ akan kelama2an menjadi seperti awak juga suatu hari nanti. Mungkin juga ‘adik itu’ akan mengatasi corak dan gaya pemikiran kita suatu hari nanti sebaik ‘adik itu’ mengerti realiti sebenarnya perkampungan sastera di Malaysia yang menuntut kerelevanan, kebenaran, nawaitu kepentingan semasa dan keutamaan sosial setelah selesainya ‘adik itu’ melepasi fasa keanehan yang ‘adik itu’ ciptakan bukan untuk orang lain, tetapi keanehan ‘adik itu’ untuk kepentingan dirinya sendiri. Mungkin juga dengan keanehan itulah ‘adik itu’ berjaya tekun menulis dan akhirnya layak menembusi pintu MPR yang remaja2 lain di seluruh Malaysia impikan sama seperti apa yang pernah kita jalani dahulu. Dan kita bertemu, berkenalan dan bersahabat pun kerana minat yang sama ini. hehe~

    Fasa ini akan terus berjalan kepada semua orang. Dan kita semua sedang melalui fasa selepas fasa ‘adik itu’ untuk hidup dan berumahtangga di dalam satu fasa yang seterusnya pula. Fasa di mana mantan2 MPR senior dan super senior sedang jalani sekarang. Hehe~ kitakan pelapis ciptaan MPR yang diamanahkan.

    Aininl, awak tahukan saya salah seorang daripada peminat cerpen awak sejak MPR 2006 lagi.(^,^)”

    Like

  9. Firdhaus : yang pertamanya nama saya ainunl tau.. bukan aininl.. sedih saya ni….

    sebab itu kadang-kadang kita perlu menulis di sini untuk mengingati penulis muda yang dalam kabut. marilah menjadikan orang-org yang memandang kita aneh ini menjadi aneh seperti kita.

    kan?

    wah, kamu mmg la berumahtangga dgn aman bahagia. saya ni sudah mula membina sawang tau.. tetapi kalau kamu berterusan menjadi peminat saya. saya dgn senang hati akan terus-terus menulis tanpa henti

    terima kasih ya firdhaus..

    Like

Tinggalkan komen