Puisi Dua Minit Sebelum Subuh di URTV


Ingat puisi Dua Minit Sebelum Malam?

Apabila aku tulis puisi itu disini, ada kawan lama aku beri cabaran buat puisi Palestin. Jujur, aku tiada idea langsung sebab aku tidak pandai tulis puisi Palestin lalu aku ubahsuai puisi Dua Minit Sebelum Malam menjadi Dua Minit Sebelum Subuh.

Kemudian, aku hantar ke satu penerbitan dan karya itu tersiar pada hari ini.

Kalau sesiapa rajin, bolehlah beli URTV edisi 741 (15 Mac-31 Mac 2009). Gambar muka hadapannya Dafi dan Diana Danielle.


Fuh sudah 4 karya, 2 puisi dan 2 cerpen. Rasanya aku ada bilang di blog ini, aku hanya letakkan target aku hanyalah 5 karya sahaja untuk tahun ini sebab aku culas menghantar karya dan karya yang tersiar hanyalah setahun satu sahaja pada tahun-tahun sudah.

Terima kasih pada Syahidah kerana memberi cabaran tersebut kepada aku.

1 karya lagi kawan-kawan, hanya 1 karya lagi.


Aku rasa nafas aku tersekat-sekat.

Hehe.;)


11 thoughts on “Puisi Dua Minit Sebelum Subuh di URTV

  1. “Not failure, but low aim, is a crime.” = Ernest Holmes

    Dah masanya kau letak target yang lebih tinggi sikit lepas ni.
    mungkin 10 karya dalam setahun 🙂

    Like

  2. Adi : Tahun ini sahaja. Insya Allah tahun hadapan aku letakkan 15 terus.. hihi. Sebab aku tahu tahap aku dimana, sebab itu aku letakkan 5 sahaja.

    Aku harap kalau 15 karya itu termasuklah satu novel ke? ok tak?

    Like

  3. Tiada ungkapan istimewa…sekadar kalung Tahniah buat Yana!
    Teruskan usaha..kerana jalan itu semakin luas di hadapan.
    Puisi motivasi ada?
    Yana dah jumpa HAMKA punya tuh?”Apabila engkau telah sanggup”…

    Like

  4. salam…

    ainunl muaiyanah…
    tahniah… saya gembira melihat karya awak tersiar lagi… saya sudah beli pun URTV tersebut (untuk kali pertamanya dalam sejarah hidup)! apapun, tahniah dan doa saya semoga awak terus berjaya… terima kasih juga atas panggilan telefon awak… seronok mendengar suara awak yang teruja untuk bercerita itu dan ini… hehehe…

    Like

  5. Sebaliktabir : Terima kasih. Puisi motivasi? Motivasi bertitik tolak dari sesuatu kebangkitan dari peristiwa. Lalu saya anggap semua puisi yang kena dengan situasi dan peristiwa yang dilalui oleh saya merupakan puisi motivasi.
    Saya tidak jumpa pula sajak itu. saya tidak banyak koleksi sajak orang lain.

    Ilham.Hafiz : Hehe. Terima kasih sebab membeli URTV untuk membaca karya kerdil saya. Say atahu awak lebih suka puisi yang pertama sebelum diubahsuai kan?
    Itu panggilan telefon untuk membangkitkan semangat awak menulis. hehe

    Like

  6. lama tak menjenguk masuk..

    Tahniah lagi skali buat kamu. Oh, nampak nya kamu dah semakin bersemNGAT skrg. teruskan yana!

    Like

  7. hai,walopun aku x bc abih karya ko (TP BC GAK KAN)aku lh rase y krya ko 2 leh tahan gak…….so,berusahalah…….

    Like

Tinggalkan komen