Sebelum aku tonton filem GIE, aku sudah mesra dengan runut bunyi dari filem tersebut dan puisi ini yang pertama menghambat hatiku dan merompak hati aku pergi.
Akhirnya semua akan tiba
Pada suatu hari yang biasa
Pada suatu ketika yang telah lama kita ketahui
Apakah kau masih berbicara selembut dahulu
Memintaku minum susu dan tidur lelap
Sambil membenarkan letak leher kemejaku
Kabut tipis pun turun pelan-pelan
Di lembah kasih, lembah mandalawangi
Kau dan aku tegak berdiri
Melihat hutan-hutan yang menjadi suram
Meresapi belaian angin yang menjadi dingin
Apakah kau masih membelaiku semesra dahulu
Ketika kudekap kau
Dekaplah lebih mesra, lebih dekat
Apakah kau masih akan berkata
Kudengar derap jantungmu
Kita begitu berbeda dalam semua
Kecuali dalam cinta
Kalau ada yang menjejak blog ini setahun dahulu, pasti akan terperasaan aku meletakkan 2 baris terakhir puisi ini dalam laman DALAM DIRIKU
“Benarkah kita begitu berbeda dalam semua kecuali dalam cinta?”
Benarkan?
P/S : Suara Nicholas semasa membaca puisi ini telah membawa hati aku pergi sebelum sempat aku menyitanya. Aduh~
aku tengok cerita tu.
aku tak perasan pun bab puisi ni.
Aku cuma ingat part sukarno raba perempuan tu aja.
kelakar.
Aku tak tahu soe hok gie tu siapa sebenarnya.
Lagipun perjuangan dia dalam cerita tu tak memberi inspirasi langsung untuk aku.
Aku lagi sokong perjuangan Marsinah.
Tapi filem Marsinah tu susah betul nak cari .
Aku cuma tengok dalam youtube je.
Kau ada movie Marsinah tu tak , Yana.
LikeLike
Apakah kau masih membelaiku semesra dahulu
Ketika kudekap kau
Dekaplah lebih mesra, lebih dekat
*my fave line. 🙂
oh nico tu boyfriend utopia saya. hehe
LikeLike
Adi : Aku rasa ada dua puisi yang dibacanya. semuanya dipenghujung cerita. Ini yang pertama dan ada bab yang kedua. Mungkin aku cenderung pada puisi-puisinya.
aku suka cerita ini.
Soe hok gie berjuang dalam senyap melalui tulisan. sesekali berteriak mengikuti reformasi. Aku rasa buku yang dikeluarkan dan memberi insprirasi untuk filem ini ialah catatan terakhir seorang demonstran.
Kau memang lah. kau suka perjuangan yang jelas. Tampak dimata. Rasanya.
Filem Marsinah itu aku tak ada. Nanti kalau aku dapat , aku share dengan kau. aku rasa kau ingin tonton filem itu sebab dengar lagu marsinah dari marjinal kan?
Kan?
Fazleena : Kak, saya suka nico sebab dia tu pelakon yang natural dan menguasai watak. Cukup sahaja dari bahasa matanya. lagi satu suaranya, aduh minta ampun. Masa dia membaca puisi yang terakhir itu, saya juga sudah bergenang sikit. hihi(p/s : Adi : jangan ngada2 kata aku emo).
Akak hutang saya cd kapal kertas. uhu~
LikeLike
masa aku tengok cerita GIE, aku rasa perjuangan dia tak cukup rebel.
Indonesia patut filemkan kisah pejuang macam Tan Malaka.
Baru betul seorang rebel.
Dan Marsinah tu aku suka sebab dia mati kerana perjuangan dia.
Buruh miskin yang menuntut hak.
tapi pembunuh yang terdiri dari taukeh kilang terlepas dari hukuman.
Nak salahkan siapa lagi kalau bukan korupsi.
LikeLike
Adi : aku dah tahu dah kenapa kau tak layan sangat dengan GIE. Padahal semasa cerita ini mahu difilemkan pun sudah bikin kontroversi.
Kalau filem Tan MAlaka tu? bergegar kot.
Kadang-kadang ada perjuangan yang tidak perlu ekstrem tetapi berkesan. Kalau berteriak-teriak tapi tidak mendatangkan kesan pun tak guna.
Ya, aku dah bagi link filem tu bukan kau nak ambil. pemalas. LAyanlah torrent tu. filem indonesia mana masuk torrent. bila kau nak jadi nusantara sikit ni?
Huh!
LikeLike
hahahahahahahhahah lawak betul lah.
LikeLike
Dulu-dulu saya pernah membaca satu cerpen yang ditulis oleh seseorang. Cerita biasa, tiada yang menarik mahupun luar biasa. Mungkin untuk disesuaikan dengan taraf umur para pembaca.
Setelah beberapa tahun (agak banyak tahun juga) penulis itu boleh dikatakan agak radikal cara penulisannya. Entah apa yang merasuknya pun saya tak tahu.
Cukup dengan hanya menatap kulit dan membaca tajuknya, buat betul-betul saya meloya. Bila saya selak muka pertama, saya terus muntah. Memang hijau dibuatnya. Rasa lawak ada, rasa nak muntah sekali lagi dengan warna jingga pun ada.
Sudahlah, terus saya dapat membuat kesimpulan bahawa naskah itu mengandungi lawak jenaka (sedangkan saya gemarkan isu-isu yang lebih ghairah dan berahi). Selain itu, penulis tersebut agak suka mengundang kontroversi dengan memperlekehkan orang lain (tanpa dia sedari yang saya tiap-tiap hari memperlekehkannya). Mengatakan tulisan penulis itu tak sedap, mengarut, picisan, lagi pula karyanya saduran timur tengah (tanpa dia sendiri sedar idolanya juga berasal dari situ, mungkin sedar tapi nak buat macam mana, hobi dia memperlekehkan orang).
Kadang-kadang ada juga terlintas mungkin dia terpengaruh dengan tajuk buku sendiri (HAHAHA) dengan mengadili orang itu dan orang ini.
Cukuplah sampai di sini, komen @ artikel pendek ini tiada kena mengena dengan tuan punya blog ini.
LikeLike
Saya menggugel puisi SDD dan terus ke blog ini.saya suka tulisan saudara.
Salam:-)
LikeLike
i, cut in pieces : apa yang lawknya?
manusia suka gelak tak takutkan apa-apa : bila saya baca, saya mcam tahu siapa yang dimaksudkan. tetapi nanti saya mahu tahu dnegan lebih lanjut, lebih detail lebih terperinci siapa yang dimkasudkan itu.
huhu
Wahyudi : puisi SDD? sapardi Djoko Damono? Salam kenal. selamat datang ke blog saya..
LikeLike
mungkin maksud manusia suka gelak yang tak takut apa-apa, pun! adalah dialog gie?
saya sangat terkesan dengan filem ini. selepas menonton, saya mengulit bukunya. kesempatan berjumpa pengarahnya, sangat manis.
“Politik itu lumpur,namun jika terpaksa,aku perlu terjun ke lumpur itu”
“Lebih baik diasingkan daripada berserah pada kemunafikan”
“entah kenapa, malam ini aku berasakan sungguh melankolik”
saya tertusuk dengan dialog-dialog ini.
LikeLike
Amerzaman : maksud manusia suka gelak yang tak takut apa-apa pun! bukanlah dialog gie. Ini kisah orang lain. Bukan dalam topik seperti di atas.
Hari itu Riri Riza datang malaysia kan? saya tertarik bagaimana dia berfikir untuk menghasilkan filem ini. Saya sudah tonton untuk Rena, pun bagus juga.
Dialog-dialog dalam filem ini saya suka dan senang sekali. memberi inspirasi. Kalau boleh mahu baca bukunya.
“Guru bukanlah dewa dan murid bukanlah lembu”
LikeLike