Eh Lelaki : Sila berdiri dan katakan jawapan kamu dengan berani


Mengapa mahu mengatakan orang lain yang salah dalam perhubungan itu jika kamu sendiri masih ragu-ragu? Kamu yang tidak dapat memberi jawapan untuk hati kamu sendiri? Anehnya kamu mahu bertanya nilai kasih sayang seseorang yang terus terang menyayangi kamu tanpa perlu sebab.

Suatu malam, seorang lelaki menghubungi aku. Sebetulnya dia bukan kenalan aku tetapi akibat sikap syarikat telekomunikasi Celcom yang mengitar-semula nombor yang telah tamat tempoh, maka kami sudah berbual dua-tiga kali di dalam talian. Awalnya dia bertanya khabar kemudian perbualan kami mengalur ke arah peribadi. Dia bertanya kepada aku dalam nada suaranya yang tertahan-tahan.

“Yana, awak pernah bercinta atau sekarang ada sudah ada yang punya?”

Aku senyum walaupun senyuman itu tidak terlihat olehnya.

“Tidak, saya tidak pernah bercinta dan sekarang ini masih belum berpunya. Mengapa?”

Aku mula mencucuk jarum provokasi. Aku tahu ada sesak sedang memenuhi benaknya.

“Jadi, awak ini tiada pengalaman bercinta lah. Urm…”

Ayatnya terputus-putus dan ketika itu aku tertawa kecil dan membalas.

“Jangan risau biarpun saya tiada pengalaman bercinta tetapi saya boleh memberi khidmat kaunseling cinta terbaik di Malaysia. Lalu mengapa?”

Dia menghelakan nafas dan mula membuka cerita. Sebetulnya bukan dia mahu melamar aku menjadi kekasihnya tetapi dia mahu pandangan dari seorang perempuan untuk masalahnya. Aku mendengar dengan tekun dan kadang kala tersenyum kecil.

Katanya

Saya punya seorang kekasih. Bercinta 5 tahun dari bangku sekolah namun kami tidak seperti orang lain. Kami jarang berjumpa, jarang berhubung, jarang berpesanan ringkas. Masalahnya saya tidak tahu sama ada dia mahu menunggu saya lagi atau tidak? Pengajian saya lagi 1 tahun setengah. Dia sudah bekerja dan punya kereta. Tetapi saya belum ada apa-apa. Saya tidak tahu sama ada dia masih menyayangi saya lagi atau tidak. Saya fikir saya hendak jumpa dia dan bertanya apakah dia masih lagi menyayangi saya? Sekarang ini kalau saya call , lama berdering baru dia angkat. Tidak macam selalu.

Aku menjawab

Sebenarnya bukanlah isu sama ada dia masih menyayangi kamu atau tidak, sebaliknya isu yang paling penting perlu diselesaikan ialah diri kamu. Kamu menghadapi isu komitmen yang mana hampir semua lelaki pada umur kamu hadapi. Kamu takut dengan komitmen. Kamu sebenar tidak bersedia untuk manjalinkan hubungan yang serius tetapi kamu mahu seseorang mengambil berat tentang kamu. Kamu takut untuk menjalinkan hubungan yang akhirnya ialah perkahwinan. Seharusnya kamu bertanya pada diri, apakah kamu tidak akan memandang perempuan lain dengan perasaan yang sama kamu memandangnya? Nah, kalau begitu, benarlah kamu menyayangi dia dan nyahkan rasa takut pada komitmen itu. Lalu mengapa membiarkan dia menanti dan menyalahkan dia dengan pertanyaan “Apakah awak masih menyayangi saya.”

Berdiri di hadapannya dan katakan dengan berani, kamu punya masa pengajian yang masih bersisa dan selepas itu kamu mahu mencari pekerjaan yang stabil untuk menyara keluarga. Kamu cuma perlukan masa. Ikat hubungan kamu dengan perasaan dan tanggungjawab. Ajarkan dia tentang janji setia dan kepercayaan. Tegaskan di hadapannya bahawa kamu menyayanginya. Apalah yang perempuan mahukan selain daripada kenyataan kesetiaan dan kasih sayang? Jangan biarkan dia tertanya status dirinya dalam hati kamu. Dia sebetulnya khuatir apakah kamu masih lagi mahu padanya dengan sikap kamu yang adakalanya sedikit dingin dan irit untuk menghubunginya. Lalu dia sedang bermain tarik tali untuk menguji perasaan kamu. Itu sahaja.

Akhirnya, belajar mencintainya dengan sederhana dan serahkan segalanya kepada Tuhan. Lalu apa yang perlu kamu resahkan di sini?

Kawan aku menghelakan nafas lega dan aku dapat terdengar suaranya yang seakan tersenyum riang. Dia mengakui benar kataku dia khuatir pada komitmen. Akhir bicaranya


“Yana, terima kasih. Bercakap dengan awak melapangkan dada saya.”


Aku hanya tertawa. Benarkah?


Notakakitangan : Sebetulnya aku mereka-reka teori cinta itu sendiri. Teori yang aku perolehi dari pemerhatian terhadap kisah cinta kawan-kawan aku. Bukanlah aku ini penasihat kaunseling cinta yang pakar sebenarnya. Jadi, selepas ini jangan ada email pada aku dan berkata “Nama saya B. Saya bertemu dengan A dua tahun lalu. Kami kini sedang bahagia melayari alam cinta. Namun dia seakan berubah. Apa perlu saya lakukan….. Jejaka Bingung”. Mengerti?

19 thoughts on “Eh Lelaki : Sila berdiri dan katakan jawapan kamu dengan berani

  1. comel lah kau ainunl.. kau mmg dari dulu lagi jadi pakar cinta..hehe em, sbb selalunya kata2 dan pandangan kau bernas.. aku kata selalu, bukan sentiasa..haha..gurau je..

    tp aku sangat suka notakakitangan kau..sangat comel, membuatkan aku ketawa besar..hehe comel..

    *dlm komen ni, 4 kali aku tulis perkataan comel*

    Like

  2. salam…

    ainunl muaiyanah…
    salam ziarah di blog awak lagi. bercakap dengan awak melapangkan dada? erm, mungkin benar. hehe… walau apapun, yang paling penting, saya setuju dengan napisah. pandangan dan kata-kata awak selalunya bernas dan ‘menusuk’. hehe… selamat menjadi ‘doktor cinta’… ;p

    Like

  3. Cintakan Dia kerana Cinta Dia
    Cintakan Dia sebab Cinta Dia
    Cintakan Dia atas alasan Cinta Dia

    Cantik,tubuh menawan,wajah rupawan,harta berkoyan,seksi meraban
    Semuanya bukan Cinta berpanjangan. Cinta Dia kerana Cinta.

    Faham ker? merapu dalam kebenaran… hehehehe

    Like

  4. adi : Kau jangan nak mengada-ada. Telah aku katakan jangan email aku, aku bukan pakar untuk menangani masalh sakit jiwa itu tahu?Tolonglah mengerti!
    Tetapi kan kalau kau nak nasihat merapu-rapu dari aku sila buat appointment ya. Taipkan ON CINTA dan hantar ke email aku. heh!

    Napisah : Ala malulah. Ini teori mengarut. Kalau orang nak ikut ikutlah. Kalau tak mahu, janganlah ikut. tapi apa-apa pun aku memang comel! Dulu taklah pakar sangat. hehe (sambil buat muka tersipu-sipu)

    Ilham.hafiz : Doktor cinta? aduh~ Rasa bercinta pun saya tak jumpa lagi mahu pula jadi doktor cinta?
    Benarkah Hafiz, bercakap dengan saya melapangkan dada? Hehe. Rajin-rajinlah hubungi saya kalau sakit dada ya.

    Mahfuz si sebalik tabir : saya faham. Mencintai dia tanpa sebarang alasan kan?

    Like

  5. memang ilham hafiz patut bersetuju dgn kata2 aku.. sbb aku 24 jam pandang muka ainunl nih kat skolah dulu.. ada masalah je, refer kat ainunl.. erm, dia tak beri penyelesaian tapi dia bagi jalan untuk penyelesaian.. dengar, fikir dan buat keputusan sendiri..

    sebab tu ape2 pon aku cite kat ainunl. kata2 dia penuh dengan analogi.. 🙂

    *promote ex rumet*

    p/s: nul, ingat tak time dulu2, aku mintak ko bagi pendapat pastu aku geram sbb aku malas nak pk.. hm..aku kini sudah dewasa.. 🙂 aku suka analogi kau n aku pk.. .rindu kau.

    Like

  6. Napisah : hehe. Iya lah, siapa yang lebih tahu tentang masalah itu melainkan diri sendiri. Kau tidka boleh bagi jalan penyelesaian, nanti kalau diikut dan tersesat dituduhnya aku menyebar dakyah palsu Jadi kita serahkan kepada si empunya diri untuk menilai mana pilihan terbaik.

    Haha. tidak payah lah promosi ni. Segan!

    Koboi : Errr? walaupun komen ini pendek tetapi penuh misteri. Err untuk apa? entri? Komen? nota kakitangan?
    Ah misteri nusantara

    Like

    1. Lelucon : Ya, dia sebenarnya nak pandangan dari perempuan lain. Sebab katanya, kadang-kadang pendapat lelaki tidak tepat dnegan kehendak perempuan.

      Saya sekadar pemudah cara

      Like

  7. Tiba2 terfikir, itu kalau wanita itu berfikiran positif mengenai apa yang si laki gtau, tentang komitmen dia. Mcm mana kalo wanita itu tak seperti yang kita jangka, akan terima cinta dan tunggu.

    Emm…barangkali si jejaka akan kehilangn wanita itu selamanya.

    Like

  8. wah, cik ainun boleh bukak ruangan macam cik sri santan..hehe..
    tp kdg2 seronok meluahkan masalah pada org yg tahu mcm mana nak nasihatkan kita..
    sebab itu lah kaunselor dgn dr psikologi tu kaya raya..=)

    Like

  9. Azuwan : Jika begitu bersyukur lah. Si jejaka telah memberi jawapan yang sebenar untuk persoalan hati, terpulang pada penerimaan gadis. tetapi awas, sila atur ayat dengan penuh tataterbib supaya gadis tidak salah faham. Nanti dikatanya si jejaka itu hanya hendak bermain-main. Jikalau jejaka benar-benar ikhlas, nyatakan kenyataan yang begitu juga.

    InsyaAlah, jika benar ditakdirkan bersama,pasti akan menyatu juga. Seperti ikan di laut asam di darat dalam periuk bertemu juga.

    Jangan khuatir pada kehilangan ya. Daripada membiarkan masa menyiksa cinta biarlah sesekali kita mendengar kenyataan yang pahit.

    Sue : Haha, tidaklah boleh jadi seperti Cik Siantan tu. Saya banyak mengarut sahaja.

    Kaya raya? Agak-agak saya boleh jadi keunselor yang berjaya dan kaya raya tak?

    hehe

    Like

  10. Saya menyintai dengan seorang yang jauh berumur dariku,tetapi jarak umur tidak jauh sangat, aku berumur 26tahun, dan sidia berumur 40tahun, kami telah bercinta genap 5tahun sebulan, tetapi aku masih was-was kerana dia telah berumahtangga, tetapi, dalam masa yang sama isterinya seorang berkerjaya dalam pendidikan,masalahnya isterinya telah berlaku curang pada si suami, malah pernah mengizinkan si suami bernikah denganku, cuma si suami belum mampu kerana ekonominya yang naik turun, pada mulanya aku meragui keikhlsannya,tetapi setelah berdepan dan berkongsi perasaan pada suatu hari itu, dia dan isterinya akan bercerai, aku tidak menghalang dan aku tidak menggalakan, kerana masalah itu bukan aku yang cipta tetapi dari isterinya, aku hanya mendengar segala masalahnya dan memberi semangat selagi mampu,yang keputusannya selepas ini tiada penyesalan di hari muka, aku bersimpati dengan nasibnya,tetapi pada masa yang sama aku bertanya, aku hanya patung dalam hidupnya,tetapi dia menerangkan padaku, bahawa cintanya terhadap isterinya 100% dan aku juga amat dicintainya sama seperti isterinya, dan tidak mahu lepaskan kedua-dua,kerana cinta kepada isterinya dan anak-anaknya dan juga diriku..tetapi bila ditujukan hasratnya untuk bernikah dengan ku, aku binggung kerana orang tua ku tidak mungkin akan menerima suami orang,tetapi akan menerima sekiranya dia seorang duda, bleh tolong tak?

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada Suzila Amani Batal balasan