Aku mahu menulis karya ! (tanda seru)


Puisi Merdekakan Hatimu melengkapkan koleksi tahunan karya-karya aku yang tersiar. Karya pertama yang tersiar ialah Mencari Qudwah di Dewan Siswa Jun 2006 dan cerpen itu melayakkan aku menyertai MPR06 hujung tahun itu di Port Dickson. Selepas itu cerpen Rahsia Hatimu pula tersiar di Dewan Siswa Mac07. Pada tahun yang sama juga cerpen Gerai Pisang Goreng Abah tersiar di Dewan Sastera sisipan Tunas Cipta Oktober 07.

Aku berniat dalam hati, sekurang-kurangnya satu karya setiap tahun tetapi ada seseorang menghantar komentar katanya sebagai salah seorang mantan / graduan MPR, satu karya tersiar setahun adalah sedikit dan tidak produktif. Ya, aku akui perkara itu tetapi menulis cerpen bukan benda enteng dan mudah. Kalau mahu menulis cerpen kosong dan bunga-bunga cinta aku boleh siapkan 5 cerpen dalam satu hari tetapi aku tidak mahu menghasilkan karya sampah dan kosong buah fikir. Masalah. Bahan bacaan makin menyempit. Idea banyak tetapi pembendaharaan kata dan susunan ayat makin kurang indah dan cacar marba.

Dan yang paling utama, ada luka dalam dan menyagat dalam dunia itu.

Oleh kerana itu, aku makin cenderung memilih untuk menulis puisi. Selalunya aku tulis puisi dalam telefon bimbit beberapa minit sebelum terlelap dan puisi itu aku hantar pada sesiapa yang bertuah di dalam daftar kawan-kawan aku didalam telefon itu. Esoknya bila aku terjaga, aku akan lihat kembali puisi-puisi mengarut itu dan kalau indah dan bermakna aku akan pindahkan dalam bentuk salinan lembut.

Kawan-kawan,

Ini tahun baru, aku berjanji akan cuba menulis karya-karya yang lebih berkualiti. Lebih rebel dan kurang emosional barangkali. Haha.

Doakan ya.


 

11 thoughts on “Aku mahu menulis karya ! (tanda seru)

  1. babe!

    cepatlah paksa aku menulis seperti kau. aku kehilangan sumber inspirasi sejak kau tiada disampingku. (cewahh..geli pulak ayat macam ni!)

    kenapa aku tak pernah dapat puisi kau pun? huhu~

    Like

  2. Eh ! baru aku tau, kau nak jadi penulis puisi yang produktif ye.

    Aku nak komen , tapi jangan kecik hati.
    Aku ikut pendapat personal aku je. ok.

    Tak kisah apa topik yang dibawa dalam sesuatu puisi tu.
    Cinta pun ok kalau terrer, sama je dengan topik perjuangan , islamik , kebencian , politik .

    Asalkan kita cuba buat lain dari orang kebanyakkan. baru unik.
    Memang payah tapi apa salahnya cuba buat identiti sendiri.
    Tak rugi mencuba, sis.

    http://celanasenja.blogspot.com/2007_06_01_archive.html

    Joko Pinurbo ,hero aku dalam dunia kepuisian hari ini. Dikatakan legasi kehebatan penulis puisi terhebat indonesia selepas era Chairil dan goenawan .

    Dia baca semua karya penulis besar, kemudian baru dia cipta identiti dia sendiri. Hasilnya, jauh mengkagumkan dan lari 100% dari lambakkan puisi-puisi yang dah selalu sangat kita jumpa.

    dia menggunakan benda yang terlampau biasa dan berada di sekeliling kita dalam dunia moden yang tak digunakan oleh penulis puisi sebelum dia macam seluar, telefon bimbit , teksi , bola pinpong dan macam-macam lagi.

    Serius dia ni genius…

    Kat Malaysia cuma ada jenis bercerita tentang bulan , bintang , gunung-gunung yang tak pernah cuba lari dari amir hamzah dan khalil gibran.
    ataupun sejenis lagi yang berlumba guna perkataan baru dicipta.
    Perkataan yang orang lain tak paham. Camna nak layan kalau guna perkataan pelik-pelik.

    try satu dari mas Joko

    Puasa
    (kepada penyair Haspahani)

    Saya sedang mencuci celana yang pernah
    saya pakai untuk mencekik leher saya sendiri.
    Saya sedang mencuci kata-kata
    dengan airmata yang saya tabung setiap hari.
    Dari kamar mandi yang jauh dan sunyi
    saya ucapkan selamat menunaikan ibadah puisi.

    (2007)(Joko Pinurbo)

    kan gempak gile kalau aku boleh tulis macam dia ni.
    Tapi aku reti cakap je, Aku pun ntah ape-ape
    bukan reti buat puisi pun. kekekeke
    tapi aku suka membaca..

    Like

  3. Syahidah : aku tak belajar nahu bahasa dgn lebih dalam la sayang..

    Filzah : hehe.. walhal kau pun rakin menulis cuma disekat rasa malu mahu hantar pada mana-mana kan?

    kan?

    ala.. belilah tunas cipta.. tak pe nanti aku inform kau awal-awal kalau puisi aku tersiar ya..

    haniesalwah : kak hani, kita janji kait jahit, tahun ni tulis karya banyak-banyak.. haha

    fakyew : hehe.. lebih kurang la… hehe.. (ehem, ada sesiapa termakan cili ke. heh!)

    bayan : terima kasih. saya dah rawat luka tu.. guna ubat antibakteria..

    Like

  4. (untuk komen adi, aku tulis secara berasingan dan dalam kotak tersendiri, tanda penghargaan atas komentarnya yang bernas dan ideanya yang mengalir deras)

    adi, kita di malaysia ini sebenarnya takut pada perubahan. takut tidak diterima. kalau yang menang-menang hadiah sastera bukankah karyanya sarat bahasa melayu tinggi?

    semasa aku mengikuti bengkel pantun, ada penyampai itu kata, tidak salah kita menyelitkan unsur moden dalam pantun seperti penggunaan nama KLCC, menara kembar, telefon bimbit dalam pantun. sebab pantun itu perakam cerita dan zaman, tetapi separuh setengah dewan mengerut dahi, tak setuju.. itu realitinya ya.

    tak pe..
    adi , kamu boleh menulis, mungkin lebih baik. di blog itu tulisan kamu menarik sekali.

    mana tahu kamu akan jadi sasterawan yang menongkah sastera dengan gaya modennya?

    siapa tahu kan…

    Like

  5. ainulmuaiyanah, pendapat saya pula, karya yang terbentuk oleh waktu (memasukkan unsur-unsur yang ada pada zaman itu) boleh jadi karya yang baik sekiranya menggunakan bahasa Melayu tinggi dan bahasa yang indah. Dan ia boleh menjadi karya ‘perakam waktu’.

    Tetapi wujud juga karya yang tidak terbentuk oleh waktu dan ianya indah serta difahami oleh semua zaman seperti cerita yang indah dalam surah Yusuf.

    Dua-dua okey selagi membangun isu moral dan memartabatkan budaya bangsa.

    Itu pendapat saya.

    Like

  6. bayan ; benar, kita gunakan bahasa moden tapi dalam bahasa melayu tinggi..

    kisah bulan dan bintang sebenarnya kita perlukan pembaharuan. yang segar. kalau baca tulisan generasi baru di indonesia seperti andrea hirata kita lihat bahasanya, semuanya istilah moden tetapi disusun dalma bahasa melayu tinggi yang indah..

    yang itu kita perlu.

    Raden : kamu mahu jadi orang yang bertuah itu? saya senang hati sahaja boleh hantar pada kamu.

    yang selalu terima puisi saya itu kawan-kawan yang mahu ambil tahu pasal sastera saya.. (nak serkap jarang yang bukan-bukan ya)

    Like

Tinggalkan komen